"Assalamualaikum fiz," aku memulakan salam pada perbualan aku dengan Hafiz. Roomate aku masa di Maahad. Orangnya tinggi dan hitam manis.
"Wa'alaikumussalam, pagi kau telefon ni. Macam mana perancangan kita semalam? haha," Balasnya sambil menggelakkan aku. Apa yang digelakkannya pon aku tak tau
"Ooo, cantik. Aku setuju je. Tak adalah aku kene keluarkan tambang." Jawabku pantas sambil tertawa kecil.
"Kau kalau benda free memang laju wer." Hafiz menyindir.
Memang aku tak nafikan, bab-bab percuma ni memang pantas dan pantang. Seolah-olah ada satu daya tarikan untuk aku bersama-sama dengan percuma tu.
Makan malam tadi di kedai mamak di tengah bandar dengan hafiz mengisarkan perjumpaan kami pertama kali di Maahad,kisah-kisah lama di Maahad dan rancangan untuk pergi bersama-samanya melihat keputusan STAM pada hari ni.
"Eh? mak ayah kau bagi ke aku tumpang kereta kau ni pergi tengok result STAM ni? Jangan nanti aku datang rumah kau mak ayah kau terkejut pulak tiba-tiba ada orang nak ikut sekali pergi Maahad," Aku cuba mendapatkan kepastian.
"Tak ada apalah. Aku dah beritahu dengan mak ayah aku. Yang aku ajak kau ikut sama. Sebab mak dan ayah kau tak dapat pergi. Dan kau pergi sorang-sorang je. Datang awal siket ye." Tegas hafiz.
"Terima kasih lah fiz, nanti aku datang rumah kau. Jangan risaulah. Tak lambat. Macam kau tak kenal aku." Aku cuba meyakinkannya. Perbualan kami ditamatkan dengan aku meyakinnya akan datang pada pulkul 9.30 pagi. Dan akan berangkat pada pukul 10.00
Khatijah binti Haji Ali. Satu nama yang tidak asing dalam hidup aku. Orang yang aku kagumi. Wajahnya jernih dan lembut. Tapi ketegasan pada anak-anaknya membuatkan kami semua kecut perut. Itulah caranya mendidik anak-anak. Kefasihan dalam membaca Al-quran cukup ditekankan. Pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat diberi perhatian. Melatih anak-anaknya solat sejak kecil.
Aku melangkah ke hadapan rumah selepas perbualan aku dengan hafiz. Sesusuk tubuh sedang duduk di ruang berandar rumah memerhatikan orang lalu lalang di jalan raya. Rumah peninggalan arwah atok didirikan sebelum aku dilahirkan. Wajahnya yang putih memakai skaf hitam menutup rambutnya yang kian memutih merenung jauh entah apa yang difikirkan. Aku mendekatkan diri kepada insan yang aku kasihi.
"Umi..." Sapaku perlahan. Aku tersenyum memandangnya. Wajah garang yang dahulu menjadi igauan ketakutan kini menjadikan aku seorang manusia.
"Umi termenung apa jauh-jauh tu umi? Ingat ayah ea'" Usik ku pada umi sambil ketawa kecil. Dia hanya mencebik sambil memandang semula ke jalan raya . Tapi tidak bersuara. Mungkin ada benarnya usikku tadi. Tapi wajahnya tetap sugul.
"Rindulah tu. Ayah ada kat rumah pakcik Leman lah umi. Dia nak bincang pasal tanah yang dekat Pahang tu. Lepas subuh tadi dia terus keluar. Dengar ada Dato' nak beli. Jangan lupa, suami anda adalah broker tanah." Aku menyambung kata ku lantas duduk di lantai bersebelahannya. Aku melihat wajahnya. Dengan meletakkan tanganku di pehanya aku terus bertanya
"Kenapa sedih pagi-pagi ni umi. Malam tadi tidur cukup tak? " Aku mendagu di atas tanganku yang aku letakkan di pehanya sambil mendongak. Fikiran aku sedikit resah memikirkan kesihatan umi yang semakin terjejas akibat penyakit kencing manis dan darang tinggi yang dihidapi lebih dari 15tahun.
"Umi teringat arwah Kak long kau. Malam tadi umi mimpi dia. Muka dia umi nampak tenang sangat." Dengan suara tersesak-esak umi memulakan bicara. Airmata yang jernih sudah bergenang di kelopak matanya. Hanya tunggu masa untuk menitis.
Kak long meninggal kemalangan di jalan raya ketika baru pulang dari tempat kerjanya. Pada hari kejadian, sempat juga arwah balik ke rumah sebentar masak dan makan bersama umi sebelum kembali ke tempat kerjannya. Bekerja di pejabat agama daerah sebagai Pegawai Hal Ehwal Kekeluargaan yang hanya 20 minit untuk tiba di rumah, menjadikannya kerap pulang ketika waktu rehat. Masak tengah hari di rumah dan makan bersama umi.
"Umi.....dah 4 tahun kak long pergi mi. Kita faham perasaan umi sebagi seorang ibu. Tapi bila umi selalu bersedih macam ni, kita risaulah kesihatan umi." Ujarku padanya sambil memuncungkan mulut. Seperti keanak-anakan untuk mengambil perhatian lagaknya. Sejak kebelakangan ni, umi kerap termenung dan menangis. Air mata umi sudah mengalir. Walau aku dapat faham kesedihannya, tapi mungkin aku tak dapat selami dalam perasaan sebagai seorang ibu bila kehilangan anaknya yang sudah besar panjang. Malah sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak. Tambahan pula anaknya sempat bersama-sama di hari terakhir dalam hidupnya walau sarat mengandung 5 bulan.
"Umi.....umi janganlah sedih macam ni. Kalau umi sedih nanti pokok-pokok umi, tanam-tanaman umi kat tepi-tepi rumah ni semuanya sedih mi. Baru nak tumbuh, terencat pulak dia nanti tengok tuan die asyik sedih je. Pisang,betik,durian belanda..Ha! durian dekat belakang tu mi.. dari kecik sampai lah kita besar ni, tak pernah tengok dia berbuah. Umi tanam benih dia terbalik kot. Lama nak makan buah durian dari tanah sendiri, tapi beli di tepi jalan jua akhirnya. Tak pun biji benih tu jantan mi. Umi ambil dari mana biji benih tu? " Aku cuba berjenaka bagi menghilangkan kesedihan umi.
"Haha....pandai anak umi ambil hati umi pagi-pagi ni ea." Dia tertawa sambil mengesatkan air matanya di pipinya yang sudah menampakan kedut.
"Akhirnya kan umi, kami anak-anak umi tak dapat makan rambutan yang kat depan tu, manggis kat hujung sana tu, jambu yang dekat belakang rumah ni, " Aku bercakap panjang lebar sambil menghalakan tangan menunjukkan tempat-tempat tanam-tanaman umi yang banyak mengelilingi rumah. Aku memandang umi. Namapk sedikit cahaya kegembiraan di wajahnya.
Bercucuk tanam, Ya,itulah hobinya. Penemannya ketika anak-anak sudah meningkat dewasa. Kak long sudah 4 tahun meninggalkan kami. Angah seorang guru kini dalam proses menghabiskan pelajaran jarak jauh di USM, sudah berkahwin dan mengikut suaminya. Uda lepasan Al-Azhar kini mengajar di sekolah menengah. Kadang-kadang lewat pulang kerana sibuk dengan mesyuarat yang berantai. Acik anak ke-4 bekerja sebagai Shipping Execituve di sebuah Syarikat perkapalan yang besar di Johor Bahru, Andak yang dahulunya belajar di UTM kini sudah menjadi Manager Remote Sensing/GPSI di sebuah syarikat Juru Ukur di Ampang Selangor. Hanya arwah along dan angah sahaja yang sudah mendirikan rumah tangga. Yang lain hanya menunggu seru.
Aku tidak faham akan perasaan orang bercinta. Kerana aku tidak pernah bercinta. Pasangan kekasih berdua-duaan di tepi pantai berpimpinan tangan dan di pasar-pasar raya. Ah, aku persetankan semua itu. Cinta itu semuanya hanya palsu. Bila dah dapat madu,sepahnya dibuang begitu sahaja. Kasih ini hanya untuk umi.
"Umi....mushawwir sayang umi. Apalah artinya hidup aku di dunia jika tidak menghormati dan menyayangi umi seperti umi menyayangi ku ketika kecil. Ya Allah ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah dan peliharalah keduanya seperti mana dia telah memeliharaku ketika kecil. Islam" Ucap ku dalam hati. Aku memandang umu dengan penuh kasih sayang.
********************
Kawasan Maahad dipenuhi dengan pelajar-pelajrnya. Kereta tidak henti-henti masuk ke pekarangan pentadbiran. Bangunan putih dengan ukiran dan corak islam yang bewarna hijau itu tesergam indah. Sudah puluhan tahun bangunan-bangunan itu berdiri megah. Menyimpan beribu kenangan dan kejayaan pelajar-pelajarnya. Ada yang sudah berjaya kembali semula ke dalamnya untuk menaburkan bakti. Siapa yang tidak kenal Maahad Johor di Malaysia ini. Kedudukannya berhadapan dengan Zoo Negeri Johor dan bersebelahan dengan laut yang memisahkan antara Malaysia dan Singapura, serta berdekatan dengan bandar menjadikan Maahad Johor tidak asing bagi bagi masyarakat negeri Johor. Ya jalan inilah yang aku lalui setiap hari selepas perhimpunan untuk pergi ke kelas. Gelak tawa dari rakan-rakan kini hanya tinggal kenangan.
"Hoi!! berangan." Lamunan aku terhenti. Sergahan dari Hafiz buat aku tersedar. Budak ni sergah-sergah pulak. Potong layan lah dia ni.
"Hoi!! berangan." Lamunan aku terhenti. Sergahan dari Hafiz buat aku tersedar. Budak ni sergah-sergah pulak. Potong layan lah dia ni.
"KIta nak ke mana ni Fiz?" Aku bertanya kepada Hafiz yang juga bingung tak tahu kemana perlu di tuju.
"Jom,kita jumpa Pak Guard kat mana nak ambil result." Aku memberikan cadangan. Hafiz tanpa berkata apa terus melangkah ke pondok pengawal.
"Pakcik, kami ni baru sampai. Nak pergi ke mana ni? " Hafiz mengajukan soalan pada Pak Man. Dengan memakai pakaian seragam sebagai pengawal keselamatan, dia berhenti dari mencari barang di bawah meja di dalam pondok pengawal dan mendekati kami. Entah apa yang dicarinya. Malas nak ambil tahu. Orangnya sedikit rendah berbanding aku. Kulitnya sawo matang. Pak Man mencapai buku Log yang bewarna biru dan memberikan pada kami.
"Tulis nama kamu di sini." Ujarnya ringkas.
Hafiz mencapai pen yang diberi Pak Man kepadanya. Sambil menunggu melengkapkan untuk mengisi ruangan yang disediakan aku toleh ke belakang. Tengok-tengok mana tahu mungkin mak dan ayah hafiz sudah sampai dari mencari tempat parking.
"Allah!......" Hanya lafaz itu yang mampu aku lontarkan. Akibat dari benda yang tak disangka tu, menyebabkan air mineral yang aku pegang sejak dari tadi jatuh ke tanah. Air yang ada memercik terkena seluar aku dan kain dia. Hafiz juga yang ada di belakang aku turun terkena sedikit.

Aduuuii....bila pula perempuan ni ada dekat belakang aku ni. Aku mendesah di dalam hati.
Dah tau kau tu perempuan duduk lah belakang siket. Yang duduk terpacak belakang aku dekat-dekat buat apa. Habis basah seluar dan kasut aku. Nasib baik air mineral. Ish. Aku cuma mengomel di dalam hati sambil membuka bag sandangku mencari-cari kalau-kalau ada tisu yang ku bawa tanpa melihat wajahnya. Entah kenapa aku memang tidak reti nak tengok muka perempuan lama-lama. Sejak dari sekolah rendah lagi. Ikutkan hati mahu sahaja aku luahkan di hadapannya apa yang di dalam hati ni. Tapi untuk menjaga maruahnya dari malu, aku simpan sahaja. Apatah lagi keluarganya ada bersama tidak jauh dari situ.
"Eh maaf......maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja. Saya cuma nak tanya dekat Pak Man di mana nak mendaftar. Tiba-tiba awak pusing ke arah belakang. Saya pun tak sempat nak mengelak. Maaf kan saya." Suaranya lunak meminta maaf di iringi dengan intonasi rasa bersalah. Sedang aku mencari-cari tisu atau kain di dalam bag sandangku tiba-tba tangannya menghulurkan sehelai kain.
"Nah...kesat lah seluar dan kasut awak yang basah tu." Ujarnya meminta.
"Eh tak apa lah..Kawan saya ada." Aku masih lagi tiada kekuatan untuk memandang tepat ke arah wajahnya. Aku cuba mengelak dari menerima pemberiannya. Mungkin malas nak terima dari seorang wanita. Aku menepuk-nepuk belakang hafiz sambil tersenyum ke arahnya.
"Eh kau ni wer. Aku mana ada kain lap ke tisu ke." Hafiz dengan selamba membalas kenyataanku pada wanita tadi. Oh tidak! Hafiz sudah memberikan jawapan yang bertentangan dengan alasan ku pada wanita ini.
Aku memandang Hafiz dengan muka tiada perasaan. Serius seperti di dalam kawad kawalan kehormatan polis. Jawapan dari hafiz buat aku rasa serba salah. Mataku ku bulatkan kepada Hafiz tanda protes dengan jawapannya. Hafiz hanya ketawa kecil. Mungkin dia faham jawapan yang dia berikan membuatkan aku tidak setuju dengannya. Sedang aku memandang hafiz tanda protes,tiba-tiba terdengar suara sorang lelaki tua dari arah hadapan.
" Ambil lah nak, orang dah beri jangan ditolak. Bersihkan sahaja kesan air di seluar kamu tu." Lelaki itu hanya tersenyum. Ayahnya mungkin. Fikirku
Mahu tidak mahu aku mencapai kain yang dihulurkan. Aku memandang tepat kearahnya. Inilah kali pertama aku memandang seorang wanita dari jarak dekat. Dia memakai jubah bewarna coklat dan bertudung labuh bewarna putih susu. Masih lagi berdiri di hadapan aku. Cuma jaraknya kali ini tidak dekat seperti tadi. Wajahnya yang putih bersih serta alis mata yang menawan. Senyumannya dilontarkan padaku persis Lana yang jadi teman wanita Clark Cent di dalam cerita Smallville.
"Subhanallah, Cantiknya dia..." Hanya itu yang aku ucap di dalam hati sambil mengenakan kain yang diberikan pada seluarku. Cuma satu yang aku hairankan, mengapa tiba-tiba hatiku berdebar-debar dan perasaan yang tidak pernah aku rasai sebelum ni meresap di dalam hati. Mahu sahaja aku melihat wajahnya dengan lebih lama, tapi aku tahan kan mataku dari melihatnya kembali. Aku teringat akan perintah Allah agar menundukkan pandangan di dalam surah An-Nur. Ya Allah peliharalah aku dari godaan syaitan.
************************
"Ha, anakanda semua. Dengar ni. Bagi pelajar lelaki boleh masuk ke bilik sebelah kiri saya, dan bagi pelajar perempuan masuk bilik yang di hadapan kolam ikan yang ke-2 depan sana." Ust Ariff memberikan Arahan. Wajahnya bersih. Ada nur keimanan yang teserlah padanya. Tenang jika memandang. Tapi tegas dalam sesuatu hal.
Kami diperintahkan untuk pergi ke guru kelas masing-masing bagi mengamlbil slip peperiksaan. Hafiz tidak sekelas dengan aku. Aku kelas kelas kedua dari lima kelas. Dan Hafiz kelas ke empat. Alhamdulillah, syukur pada-NYA kerana memberikan keptusan yang baik di dalam peperiksaan STAM ini. Aku sudah terbayang kegembiraan ayah dan umi. Tak sabar rasanya untuk memeritahu mereka berita ini. .Aku juga sudah terbanyang akan Mesir dan Al-Azhar. Satu nama yang begitu gah dari sudut peradaban dan ilmu. Walaupun sekadar hanya menduduki Jayyid Jiddan, aku tahu itulah pemberian yang terbaik dari Allah untuk hambanya. Allah tidak sesekali memberikan yang buruk pada hambanya. Al-Azhar, aku datang.

"Fiz...Fiz...kau dapat apa?" Sambil terus berjalan ke arahnya.
"Kau lah dulu. Kau kan kelas budak pandai. Mesti Mumtaz kan." Dia menjikngkit-jingkitkan kakinya untuk melihat keputusan ku. Seperti biasa aku memandangnya dengan wajah seorang yang berada di dala kawad kawalan kehormatan.
"Tak payah nak jingkitkan kaki tu. Dah cukup tinggi dah. Nah, tengoklah. Tapi tekaan kau salah lah kan. Tak mumtaz pon. Jayyid Jiddan je." Aku menghulurkan tangan tanda aku meminta slip keputsannya.
"Eh? Jayyid Jiddan jugak. Alhamdulillah!! Taniah fiz." Aku menghulurkan tangan ku sambil mengucapkan tahniah. Dia menyambut erat tangan ku sambil tersenyum. Ada lambang kepuasan di wajahnya. Rasa puas dengan hasil usahanya menghafal dan belajar selama ni membuahkan hasil barangkali.
"Wer, mak dengan ayah aku dah ada dekat dewan. Tadi dia suruh kita pergi dewan sebab tadi Ustaz Ariff pesan suruh semua pelajar dan ibu bapa berkumpul. Nak raikan majlis hari ini." Aku dan Hafiz terus melangkah ke dewan. Mataku memandang kiri dan kanan melihat reaksi gembira di kalangan pelajar. Walaupun ibu dan ayah aku tidak dapat hadir bersama dengan aku pada hari ni, cukuplah nanti aku menyampai berita gembira pada keduanya.
Mataku tiba-tiba terhenti dari memerhati orang ramai. Tepat memandang seseorang yang berdiri di tepi pintu. Seorang wanita. Ya,dialah wanita yang berjawah Lana. Hati aku tiba-tiba berdegup kencang. Tiba aku berasa gugup. Malu dengan sendiri. Ah, kenapa dengan aku ni tiba-tiba jadi begini. Tolong lah Ya Allah, aku tidak tahu perasan apakah ini. Berikanlah aku kekuatan. Fikiran ku berkecamuk. Suka dan tidak berani berhadapan denagn dia silih berganti menghantui diri. Hafiz semakin laju melangkah untuk mendapatkan ayah dan ibunya. Aku semakin jauh dengan Hafiz. Tapi diri ini semakin dekat dengan wanita tersebut.
Sedang aku melangkah lemah dan fikiran aku hanya berfikir untuk patah balik tiba-tiba suara yang aku dengar di pondok kawan tadi membuatkan aku terhenti dari melangkah.
"Eh? Awak lagi! Awak yang dekat pondok tadi tu kan?" teguran itu membuatkan aku hanya terpaku dan membisu. Aku melihat senyumannya yang dilontarkan padaku. Aku menatap wajahnya. Terlupa akan perintah Allah yang aku tekad sebelum ini. Hati ini berbunga dan seolah baerbau harum yang menyegarkan perasaan. Ah,Inikah di namanya cinta? Bagai mana dengan pandanganku pada orang yang bercinta sebelum ni? Aduh..aku semakin tekad. Aku cuba menterjemahkan perasaan nin. Aku sudah jatuh cinta??? Ya! aku sudah jatuh cinta. Cinta pandang pertama.....!!
Bersambung.............................

4 comments:
wahhh ni kisah benar ke? hehehe
-pemilik YM WunnyHunny-
Erm...tidak lah..cuma ada lah beberapa cerita yang tepat & betol...amik dari hidup org len...mcm Mushawer ke MJ dengn Hafiz...Kak long meninggal...keadaan Maahad Johor..^_^
ohh yg kisah pelajar perempuan tu? hehehe menarik lah! :)
Saya baru belajar2 menulis..doakan saya =) Terima kasih sebab membaca dan memberi respond ^_^
Post a Comment