Thursday, August 11, 2011

Qiblat Kasih-Siri 2

Ahad. Hari cuti hujung minggu. Kebiasaannya semua orang akan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Sekali sekala, boleh menenangkan fikiran bagi orang-orang bandar yang hampir seminggu memerah tenanga dan fikiran di tempat kerja. Aku keluar ke halaman rumah, mencari insan yang ku panggil umi. Aku  risau akan kesihatan umi. Apa tidaknya, umi gagahkan juga untuk turun ke tanah selepas cahaya matahari meneranginya. Melihat bunga-bunga serta tanamannya yang menyubur.


Nun jauh di belakang rumah, aku terpandangkan umi yang sedang berdiri memerhatikan keadaan sekeliling. Tangannya di angkat membersihkan keringat. Seorang tua yang begitu kuat semangatnya. Aku bergegas mendapatkan wanita separuh abad itu.


"Kakak-kakak  kau di rumah buat apa? Dah cerah ni masih belum bangun lagi?" Tanya umi  selepas menyedari kehadiran anak bongsunya ini. Wajahnya sedikit keletihan. Ada corengan tanah di dahinya. Aku mengambil penyapu lidi yang tergenggam kemas di tangan kanan umi.


"Alololo...tomey..tomey..tomey umi mushawer ni. Kotor dahi ni umi. Tekun sangat menyapu. Sampai ke muka-muka umi ada tanah." Aku angkat tangan aku dan membersihkan kotoran di dahi umi sambil mengukirkan senyuman. Umi hanya tergelak kecik kerana sifat aku yang suka menyakatnya.
"Anak umi ni ingat umi budak-budak lagi ye? Umi dah tua lah. Rambut umi pun dah banyak putih." Umi terus melabuhkan punggungnya di kerusi kayu dibawah pohon rambutan.


"Ala, awer gurau jelah umi. Ha, Acik, Angah, Ude semua dah bangun umi. Semuanya tengah buat sarapan. Lepas ni kita sarapan ea umi." Tangan ku mula menghayun menyapu daun-daun kering  yang gugur bertebaran dari pokok rambutan. Alhamdulillah, semua ada pulang ke kampung menjengah umi. Abang Samsul suami kepada angah sampai lewat malam tadi kerana ada outstation di Singapura. Anak sulungnya Daing Muhammad Danish bin Daing Samsul Bahri atau panggilan manjanya Enish masih lagi meleapkan mata. Mungkin kerana penat bermain dari setibanya petang semalam bersama acik dan ibunya sehingga malam tidak henti-henti. Anak kecil itu terlalu aktif dan bijak. Anak-anak arwah kak long sudah jarang balik ke kampung selepas mendapat ibu tiri.


Tiba-tiba aku teringatkan 'Lana'. Sebulan sudah kemalangan aku hampir-hampir melanggarnya di pondok pengawal. Ingin sekali  aku berjumpa dengannya. Dengan wanita berwajah putih bersih dan alis matanya yang menawan yang entah siapa namanya. Dari manakah asalnya? Siapakah keluarganya? Adakah di hatinya seperti hati aku yang sentiasa inginkan bertemu dengannya. Aku rasa hati ini benar-benar  berharap dapat menatap wajahnya. Tapi inikah dinamakan rindu? Inikah dinamakan cinta?  Hatiku berbunga riang. Tapi jauh di sudut hati ini ada secebis rasa bersalah. Salahkah aku jatuh cinta dan merinduinya? Mungkin cinta itu tidak salah, yang salah ialah orang yang bercinta. Aku cuba mengandai.


Sedang aku berkhayal memikirkan wanita yang kutemui di MJ, sempat juga aku menjeling kearah umi. Dia menundukkan sedikit badannya, serta mendongakkan kepalanya ke arah pokok cempedak yang sudah disampul buah-buahnya dengan surat khabar. Kedua kakinya digoyang goyangkan bagai kanak-kanak riang. Umi kelihatan comel seperti itu.


"Umi....." aku memecahkan keheningan yang sejak dari tadi dengan hal masing-masing. Umi berpaling kepadaku. Wajahnya yang bersahaja dari tadi kini berubah sedikit. Keningnya di angkatkan isyarat seperti bertanya. Kakinya yang digoyang-goyangkan terhenti. Seolah-olah menunggu kata sambungan dari anaknya. Aku memandang ke dalam anak mata umi. Suasana sepi sekali. Deruan motor yang kadangkala lalu sayup kedengaran. Aku berhenti dari menyambung kata-kata . Perlukah aku meneruskannya? Wajarkah untuk aku memberitahunya keadaan hati ku terhadap dia? Adakah Islam benar-benar menghalang akan percintaan? Tiadakah dalil untuk aku menguatkan hujahku bagi mencintai dan bericnta seperti yang lain?


*********************

Panas terik di Bandar Baru Uda membuatkan aku kurang selesa. Ingin mecari beberapa buah kamus Bahasa Arab-Bahasa Melayu di kedai buku Badan Cemerlang. Mungkin boleh jadikan panduan untuk aku ketika di Mesir nanti. Aku terus memasuki Plaza Angsana. Bas yang aku naiki memberhentikan di tepi jalan.  Aku masih tiada lesen untuk membawa sebarang kenderaan. Tamat 5 tahun asrama penuh di Kluang, selang beberapa bulan aku ditawarkan untuk memasuki Maahad. Tamban lagi atas kesempitan keewangan menajdikan aku seorang pemuda tiada lesen........


"Eh? biar betul kau ni awer, tak kan lah kau tak ada lesen?" Abang Zam meminta kepastian. Sepupuku sebelah umi yang paling bongsu. Dengan bentuk badan yang tinggi dan tegap, dan rupa kurniaan Allah kepadanya menjadikan dia kegilaan ramai wanita. Mungkin Salman Khan boleh berhenti dari belakon kalau nak di bandingkan dengan sepupuku ini.
"Betul lah abang Zam. Saya tak ada lesen." Abang Zam mengerutkan dahinya kerana kurang yakin. Tangannya sibuk mengira-ngira hasil keuntungan jualan di kantin sekolah yang dimenanginya dalam bidaan tander tahun lalu.
"Habis hari tu abang zam tengok kau bawak motor pergi town ?" Tangannya yang dari tadi ligat mengira wang di letakkan di atas meja. Dia memandang kepadaku. Aku hanya membisu. Dalam fikiranku mengapa mesti sebut 'town" , bandar salah ke?
"Tak ada lesen lah tu ye?" Dia menjawab sendiri.
"Kau sorang anak lelaki dalam keluarga. Perlu ada lesen. Apa-apa kecemasan mudah. Mak kau tu makin hari makin tak sihat wer. Ayah kau pula bukan selalu ada di rumah. Pagi keluar, petang baru balik. Sekarang dia di Pahang kan untuk uruskan pembelian tanah Dato' Chua?" Dia menghulurkan segelas air sirap limau. Pelajar yang tadinya riuh rendah di meja makan semakin berkurangan. Aku bukan tak nak ada lesen, aku pun mahukan lesen. Hafiz juga sudah ada lesen. Tapi aku faham, keluarg aku bukanlah dari keluarga yang senang. 

"Assalamualaikum," Lamunanku terhenti. Kenangan perbualan antara aku dan sepupuku di kantin lenyap di fikiran. Siapa pula yang memberi salam di pasaraya ni. Wartawan tv3 kah? Tidak pun rancangan Bang Bang Boom nak minta aku jadi sukarelawannya. Tapi aku penah dengar suara itu sebelum ini. Suara yang aku tunggu selama sebulan  lamanya. Aku rasa aku dapat agak siapa. Tapi aku tak mahu menaruh harapan yang tinggi. Hati ini berdegup tidak seperti biasa. Tiba-tiba aku rasa berdebar.
"Ya Allah! Lana!." Sepontan keluar dari mulut aku dengan suara sedikit nyaring. Aku terkesima seketika. Wanita yang aku gelarkan 'Lana' heroin Smallville kini berada di hadapan mata. Aku terpesona melihatnya.


"Ya Rabiii....apa awak buat ni.... Malulah. Kenapa kuat sangat cakap." Dia menundukkan pandangannya. Kulitnya yang putih bertukar menjadi merah menahan malu. Kakinya dilangkahkan sedikit ke belakang menghampiri wanita yang boleh ku panggil makcik. Dia yang bertudung lerang 60 dan berbaju kurung biru kelihatan cantik bila tersipu malu. Kebanyakan mereka yang berada di Dunkin' Donuts memerhatikan aku dan si Lana celup ni.
Terfikir juga, mengapa Lana yang keluar dari mulut ni? Kenapa bukan jawapan balas 'wa'alaikumussalam' atau 'eh awak' atau lain-lain?. Igauan aku dah membawa ke alam nyata.  Aku kaku seketika. Cuba memikirkan apa yang patut aku buat untuk menutup  ketelanjuran kata-kata ku tadi. Sempat aku menjeling melihat wajahnya agak berkerut. Mungkin dia tertanya-tanya siapa Lana. Atau dia malu dengan tindakan spontan ku tadi?
"Wa'alaikumssalam pakcik, makcik," Suaraku mencelah di sebalik riuh rendah pasar raya besar kepunyaan Uda Holdings. Aku menghulurkan tangan pada lelaki sekitar 40-an yang ada bersama-samanya. Mengabaikan dengan mereka yang masih lagi memerhatikan kami.
"Makcik," Aku mengucapkan ringkas sambil menundukkan kepada pada makcik yang ada di sebelah kanan lelaki 40-an ini. Tangannya yang dihulur tidak ku sambut. Aku masih tahu akan batas-batas agama yang melarang dari bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim. 


Aku pernah membaca satu hadith dari bonda Aisyah : "Demi Allah tidak pernah sekalipun tangan Nabi SAW menyentuh tangan wanita semasa berbai'ah. Mereka tidak membai'ahkan mereka melainkan dengan ucapan sahaja." (Bukhari&Musliam)

Walaupun ada ulama yang mengharuskan, tapi aku mengikut kebanyakan pendapat ulama.
Wanita berumur ini mungkin faham akan prinsipku.


"Makcik saja nak test." Tangannya kirinya memegang tali bag tangan Gucci  di lengannya sambil tersengih. Dialihkan sedikit talinya ke atas. Nak test?  Eleh nak cover lah tu.
"Pakcik dan makcik ni mak ayah kepada........" Aku terus berkata tanpa ku tahu namanya. Ibu jariku menunjukkan kepada 'Lana' yang berada di sebelah ibunya. Aku memandang kepada lelaki yang hampir separuh abad itu, mengharapkan jawapan.
"Chenta. Nama anak pakcik Chenta."  Ayahnya terus memberikan jawapan. Sesekali aku melihat Chenta. Chenta? Aku merasa hairan dengan namanya. Dahiku sedikit berkerut. Pertama kali aku mendengar wanita melayu bernama Chenta.
"Pelik ke?" Soal ibu Chenta pada aku. Tahu pula dia aku hairan dengan nama anaknya.
"Eh abang ni, kita kene sebut nama penuh anak kita. Baru orang tak hairan. Chenta Amira" Dia mencuit bahu suaminya.
"Yelah Chenta Amira. Chenta ni orang mepoci"
"Orang mepoci?"
"Ye mepoci."
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Tidak pernah aku dengar meciru. Ada-ada sahaja keluarga mereka ni. Chenta lah, mepoci lah.
"Melayu Poland cina lah," Ayahnya terus mejelaskan persoalanku.
"Isteri pakcik dia kacuk cina dengan poland. Nenek Chneta ni cina batu muar. Atok Chneta pula orang rusia bermastautin di Malaysia, Tapi umurnya tak panjang." Ooo....patutlah lah rupa Chenta ni ada iras-iras Lana. Kacuk rupanya.
"Makcik dengan pakcik dah biasa dah tengok rupa macam kamu ni lepas kami sebut nama Chenta ni." Rupanya aku tak dapat nak cover riak wajak hairan aku depan kedua orang tua Chenta. Puas aku senyum selebar yang boleh tapi tetap dapat dikesan oleh ibu Chenta.
"Eh lama pulak dekat sini yang, jomlah, tadi kata nak ke Uda Ocean?" Ayahnya mencelah kata-kata
"Eh? haah lah. Ayang lupa lah bang. Jumpa budak ni." Ibu Chenta membulatkannya matanya seperti baru tersedar akan tujuannya. Tangannya yang kirinya di letakkan di bahu suaminya. Tanda setuju  pada suaminya. Aku yang sibuk melayan ayah dan ibu Chenta sesekali emncuri peluang melihat Chenta yang senyap dari tadi.

"Borak dari tadi, makcik tak tahu nama kamu. Siapa nama?"
"Mushawwer. Abdul Mushawwer."
"Ooo..ada bunyi-bunyi arab siket tu." Pintas ayahnya.
"Padanlah tu bang. Hensem pun orangnya. Rupa Mushawwer ni pun ada rupa-rupa arab pun, ada keturunan arab ker?" Ibu Chenta puji aku? Aduhai....kembang hidungku bila dipuji oleh bakal mertua. Cewah. Ada ciri-ciri menantu pilihan barangkali. Tapi aku sendiri tidak tahu. Menurut kata umi, dari susur galur moyang dahulu ada berkahwin dengan arab dari Yaman.

Aku tidak banyak berbicara dengan Chenta. Sesekali aku tujukan anak mata ku padanya. Kadang-kadang bila bertemu antara empat mata, cepat-cepat dia alihkankan. Aku tahu dia juga memerhatikan diriku sejak dari tadi. Aku hairan dengan perubahan di dalam diri ini. Mana pergi aku dulu yang tidak mahu melihat wajah Chenta ketika di pondok pengawal? Mana pergi tekad aku sebelum ini yang tidak suka akan pasangan bercinta? Aku seorang yang keras dalam soal hukum hakam. Surat-surat yang di selitkan di dalam meja ketika sekolah menengah aku buang. Cinta aku rasakan satu penipuan selain cinta Allah. Dan hasil asuhan dari umi, aku tidak reti untuk berbual-bual dengan wanita yang bukan mahram apatah lagi menatap wajah mereka. Tapi Chenta ini benar-benar membuatkan aku.....Ah, hanya Allah sahaja yang tahu.

"Wanita itu adalah peneman pada suaminya. Bukan peneman pada teman lelakinya. Wanita itu permata yang perlu dijaga. Ia tersimpan di dalam kain yang hitam yang sekali imbas tidak punya apa-apa pada orang yang buta. Sebenarnya dia akan bercahaya dan besinar terang bila di singkap akan kain hitam itu. Dia lebih bercahaya bila ada sinar yang meneranginya dari atas."
"Maaflah ust, saya tidak faham, apa maksud tersiratnya?" Zamri bertanya pada Ust Kadir yang memberikan kuliah di Masjid pada malam itu. Anak muda ini memang istiqamah dalam memberikan komitmen jika ada program-program keagamaan.
"Kain hitam itu ialah lelaki yang tidak bertanggungjawab yang menutup dan menggelapkan hati  teman wanitanya. Dia terus menerus membiarkan dan mengelilingi wanita itu tadi dengan noda dan dosa. Cahaya itu pula ialah seorang lelaki yang soleh yang memberikan nur keimanannya kepada isterinya yang dicintai. Bersama-sama berjalan dan mendidik ke syurga. Cinta itu bukan satu jenayah. Tapi jenayah itu terhasil dari cinta." Terang Ust Kadir panjang lebar.

Itu kuliah Ust Kadir setiap minggu di masjid ketika aku di Kluang. Di jemput khas dari luar untuk memberikan cemarah pada anak muda. Peganganku banyak terkesan dengan kata-katanya.

"Chenta....." Nadaku sedikit lemah dan gementar. Chenta memulakan langkah mengiringi ibunya untuk ke Uda Ocean. Aku tak sangka aku boleh panggil dia. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku memanggilnya. Mahu tidak mahu aku mesti meneruskan sapaan ku padanya tadi.
"Errr....nama awak Chenta kan?" Aduuhh.....Soalan bodoh apa yang aku tanya ni? Idea..idea...tolonglah hadir. Lagu InsyaAllah dari Maher Zain yang dari tadi kedengaran menjadi lintasan bagi soalan aku tadi. Aku menggaru-garu lagi sekali kepala ku yang tidak gatal. Dia tersenyum melihat gelagatku.
"Iya...nama saya Chenta. Awak tak percaya ke? Tak apa, saya dah biasa," Dia melemparkan senyuman dan terus ingin berlalu pergi.
"Eh? jap..." Aku mencari-cari apa yang ingin aku katakan padanya. Tangan ku mula meraba-raba sekitar seluar. Apa yang aku cari sendiri aku tidak tahu. Tapi aku rasa ada sesuatu yang baru aku teringat.
"Nah....ni kain yang awak beri pada saya hari tu." Dengan sepontan aku menghlurkan padanya. Aku tidak merancang pun ingin memulangkannya. Dan bila masa kain tu ada di seluar aku? Ah, biarlah. Apa yang penting aku boleh cover. Lelaki memang seperti itu. Suka cover dihadapan wanita.
"Eh? awak bawak lagi? Saya dah beri dekat awak, ambil lah." Ambil? Ya, Aku memang tidak mahu pulangkan pada dia, tapi tolonglah ambil. Aku dah tak ada cara lain ni nak sambung ayat apa.. Dan dengan cara ini sahaja untuk aku mencuri sedikit masa diri dia yang selama ini aku tunggu.
"Tak apa lah awak.....saya dah ada kain lain. Anggap je hadiah sebagai perkenalan dan persahabatan kita." Yes! Dia seolah-olah memberi green light pada ku untuk terus berhubung dengannya. Tapi macam mana? Aku belum tanya lagi dia tinggal di mana.

    "Twinkle twinkle littel star.....How  wonder what you are,How  wonder what you are, Twinkle twinkle littel staaaaaaaaaaar.....aaaaaaa~~~
How  wonder what you are.How  wonder what you are

Telefon bimbit aku berbunyi. Nyanyian inilah kerap kami dendangkan ketika matapelajaran muzik di sekolah rendah dahulu. Tapi ringtone aku di nyanyikan dengan style nyanyian orang-orang india. Chenta tertawa mendengar ringtone
 aku. Pertama kali aku melihat dia tertawa. Giginya putih bersih. Dan ada lesung pipit di pipi kirinya. Hatiku mekar lagi. Ah, aku telah jatuh cinta untuk kali kedua padanya.

"Oklah awak.......saya nak pergi dulu ni, nanti marah pula mak ayah saya sebab lama tunggu tu. Lagi pun awak busy tu..ada orang call." Dia menggoyangkan  tangan di tepi telinganya menunjukkan ada orang call pada aku seperti iklan Fair & Lovely.
"Assalamualaikum," Perkataan itu yang di lafazkan untuk meminta izin. Dia melemparkan senyuman. Sepertinya dia tiada perasaan pula pada ku kali ini. Aku risau kalau-kalau dia sudah ada yang punya. Setiap pergerakan dari dirinya ingin meninggalkan aku di sini menjadi satu seksaan. Ada yang aku perlu tahu darinya. Bukan soalan bodoh yang tadi. Nama awak Chenta? Ahhh....aku tak mahu ingat lagi. Dia berpaling arah dari hadapan ku. Ibu dan ayahnya berada di kedai cenderamata tidak jauh dari Dunkin' Donuts memerhatikan anak perempuannya. Ya aku mesti tanya. Aku mesti tahu darinya. Kepastian dan setiap soalan yang banyak dalam diri, aku nak tanya kesemuanya. Dengan kekuatan yang ada. Aku mesti tahu dari mulutnya sendiri. Aku mengumpulkan tenaga sebanyak mungkin. Ya Allah, bantulah...

"Chenta dah ada yang punya ke?" Oh!! Aku dapat melepaskannya..
Dia memberhentikan langkahnya. Tapi tidak menoleh ke belakang. Aduhai...adakah aku telah bertanya soalan bodoh untuk kali kedua?

Bersambung........................



0 comments:

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda