Thursday, August 11, 2011

Qiblat Kasih-Siri 2

Ahad. Hari cuti hujung minggu. Kebiasaannya semua orang akan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Sekali sekala, boleh menenangkan fikiran bagi orang-orang bandar yang hampir seminggu memerah tenanga dan fikiran di tempat kerja. Aku keluar ke halaman rumah, mencari insan yang ku panggil umi. Aku  risau akan kesihatan umi. Apa tidaknya, umi gagahkan juga untuk turun ke tanah selepas cahaya matahari meneranginya. Melihat bunga-bunga serta tanamannya yang menyubur.


Nun jauh di belakang rumah, aku terpandangkan umi yang sedang berdiri memerhatikan keadaan sekeliling. Tangannya di angkat membersihkan keringat. Seorang tua yang begitu kuat semangatnya. Aku bergegas mendapatkan wanita separuh abad itu.


"Kakak-kakak  kau di rumah buat apa? Dah cerah ni masih belum bangun lagi?" Tanya umi  selepas menyedari kehadiran anak bongsunya ini. Wajahnya sedikit keletihan. Ada corengan tanah di dahinya. Aku mengambil penyapu lidi yang tergenggam kemas di tangan kanan umi.


"Alololo...tomey..tomey..tomey umi mushawer ni. Kotor dahi ni umi. Tekun sangat menyapu. Sampai ke muka-muka umi ada tanah." Aku angkat tangan aku dan membersihkan kotoran di dahi umi sambil mengukirkan senyuman. Umi hanya tergelak kecik kerana sifat aku yang suka menyakatnya.
"Anak umi ni ingat umi budak-budak lagi ye? Umi dah tua lah. Rambut umi pun dah banyak putih." Umi terus melabuhkan punggungnya di kerusi kayu dibawah pohon rambutan.


"Ala, awer gurau jelah umi. Ha, Acik, Angah, Ude semua dah bangun umi. Semuanya tengah buat sarapan. Lepas ni kita sarapan ea umi." Tangan ku mula menghayun menyapu daun-daun kering  yang gugur bertebaran dari pokok rambutan. Alhamdulillah, semua ada pulang ke kampung menjengah umi. Abang Samsul suami kepada angah sampai lewat malam tadi kerana ada outstation di Singapura. Anak sulungnya Daing Muhammad Danish bin Daing Samsul Bahri atau panggilan manjanya Enish masih lagi meleapkan mata. Mungkin kerana penat bermain dari setibanya petang semalam bersama acik dan ibunya sehingga malam tidak henti-henti. Anak kecil itu terlalu aktif dan bijak. Anak-anak arwah kak long sudah jarang balik ke kampung selepas mendapat ibu tiri.


Tiba-tiba aku teringatkan 'Lana'. Sebulan sudah kemalangan aku hampir-hampir melanggarnya di pondok pengawal. Ingin sekali  aku berjumpa dengannya. Dengan wanita berwajah putih bersih dan alis matanya yang menawan yang entah siapa namanya. Dari manakah asalnya? Siapakah keluarganya? Adakah di hatinya seperti hati aku yang sentiasa inginkan bertemu dengannya. Aku rasa hati ini benar-benar  berharap dapat menatap wajahnya. Tapi inikah dinamakan rindu? Inikah dinamakan cinta?  Hatiku berbunga riang. Tapi jauh di sudut hati ini ada secebis rasa bersalah. Salahkah aku jatuh cinta dan merinduinya? Mungkin cinta itu tidak salah, yang salah ialah orang yang bercinta. Aku cuba mengandai.


Sedang aku berkhayal memikirkan wanita yang kutemui di MJ, sempat juga aku menjeling kearah umi. Dia menundukkan sedikit badannya, serta mendongakkan kepalanya ke arah pokok cempedak yang sudah disampul buah-buahnya dengan surat khabar. Kedua kakinya digoyang goyangkan bagai kanak-kanak riang. Umi kelihatan comel seperti itu.


"Umi....." aku memecahkan keheningan yang sejak dari tadi dengan hal masing-masing. Umi berpaling kepadaku. Wajahnya yang bersahaja dari tadi kini berubah sedikit. Keningnya di angkatkan isyarat seperti bertanya. Kakinya yang digoyang-goyangkan terhenti. Seolah-olah menunggu kata sambungan dari anaknya. Aku memandang ke dalam anak mata umi. Suasana sepi sekali. Deruan motor yang kadangkala lalu sayup kedengaran. Aku berhenti dari menyambung kata-kata . Perlukah aku meneruskannya? Wajarkah untuk aku memberitahunya keadaan hati ku terhadap dia? Adakah Islam benar-benar menghalang akan percintaan? Tiadakah dalil untuk aku menguatkan hujahku bagi mencintai dan bericnta seperti yang lain?


*********************

Panas terik di Bandar Baru Uda membuatkan aku kurang selesa. Ingin mecari beberapa buah kamus Bahasa Arab-Bahasa Melayu di kedai buku Badan Cemerlang. Mungkin boleh jadikan panduan untuk aku ketika di Mesir nanti. Aku terus memasuki Plaza Angsana. Bas yang aku naiki memberhentikan di tepi jalan.  Aku masih tiada lesen untuk membawa sebarang kenderaan. Tamat 5 tahun asrama penuh di Kluang, selang beberapa bulan aku ditawarkan untuk memasuki Maahad. Tamban lagi atas kesempitan keewangan menajdikan aku seorang pemuda tiada lesen........


"Eh? biar betul kau ni awer, tak kan lah kau tak ada lesen?" Abang Zam meminta kepastian. Sepupuku sebelah umi yang paling bongsu. Dengan bentuk badan yang tinggi dan tegap, dan rupa kurniaan Allah kepadanya menjadikan dia kegilaan ramai wanita. Mungkin Salman Khan boleh berhenti dari belakon kalau nak di bandingkan dengan sepupuku ini.
"Betul lah abang Zam. Saya tak ada lesen." Abang Zam mengerutkan dahinya kerana kurang yakin. Tangannya sibuk mengira-ngira hasil keuntungan jualan di kantin sekolah yang dimenanginya dalam bidaan tander tahun lalu.
"Habis hari tu abang zam tengok kau bawak motor pergi town ?" Tangannya yang dari tadi ligat mengira wang di letakkan di atas meja. Dia memandang kepadaku. Aku hanya membisu. Dalam fikiranku mengapa mesti sebut 'town" , bandar salah ke?
"Tak ada lesen lah tu ye?" Dia menjawab sendiri.
"Kau sorang anak lelaki dalam keluarga. Perlu ada lesen. Apa-apa kecemasan mudah. Mak kau tu makin hari makin tak sihat wer. Ayah kau pula bukan selalu ada di rumah. Pagi keluar, petang baru balik. Sekarang dia di Pahang kan untuk uruskan pembelian tanah Dato' Chua?" Dia menghulurkan segelas air sirap limau. Pelajar yang tadinya riuh rendah di meja makan semakin berkurangan. Aku bukan tak nak ada lesen, aku pun mahukan lesen. Hafiz juga sudah ada lesen. Tapi aku faham, keluarg aku bukanlah dari keluarga yang senang. 

"Assalamualaikum," Lamunanku terhenti. Kenangan perbualan antara aku dan sepupuku di kantin lenyap di fikiran. Siapa pula yang memberi salam di pasaraya ni. Wartawan tv3 kah? Tidak pun rancangan Bang Bang Boom nak minta aku jadi sukarelawannya. Tapi aku penah dengar suara itu sebelum ini. Suara yang aku tunggu selama sebulan  lamanya. Aku rasa aku dapat agak siapa. Tapi aku tak mahu menaruh harapan yang tinggi. Hati ini berdegup tidak seperti biasa. Tiba-tiba aku rasa berdebar.
"Ya Allah! Lana!." Sepontan keluar dari mulut aku dengan suara sedikit nyaring. Aku terkesima seketika. Wanita yang aku gelarkan 'Lana' heroin Smallville kini berada di hadapan mata. Aku terpesona melihatnya.


"Ya Rabiii....apa awak buat ni.... Malulah. Kenapa kuat sangat cakap." Dia menundukkan pandangannya. Kulitnya yang putih bertukar menjadi merah menahan malu. Kakinya dilangkahkan sedikit ke belakang menghampiri wanita yang boleh ku panggil makcik. Dia yang bertudung lerang 60 dan berbaju kurung biru kelihatan cantik bila tersipu malu. Kebanyakan mereka yang berada di Dunkin' Donuts memerhatikan aku dan si Lana celup ni.
Terfikir juga, mengapa Lana yang keluar dari mulut ni? Kenapa bukan jawapan balas 'wa'alaikumussalam' atau 'eh awak' atau lain-lain?. Igauan aku dah membawa ke alam nyata.  Aku kaku seketika. Cuba memikirkan apa yang patut aku buat untuk menutup  ketelanjuran kata-kata ku tadi. Sempat aku menjeling melihat wajahnya agak berkerut. Mungkin dia tertanya-tanya siapa Lana. Atau dia malu dengan tindakan spontan ku tadi?
"Wa'alaikumssalam pakcik, makcik," Suaraku mencelah di sebalik riuh rendah pasar raya besar kepunyaan Uda Holdings. Aku menghulurkan tangan pada lelaki sekitar 40-an yang ada bersama-samanya. Mengabaikan dengan mereka yang masih lagi memerhatikan kami.
"Makcik," Aku mengucapkan ringkas sambil menundukkan kepada pada makcik yang ada di sebelah kanan lelaki 40-an ini. Tangannya yang dihulur tidak ku sambut. Aku masih tahu akan batas-batas agama yang melarang dari bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim. 


Aku pernah membaca satu hadith dari bonda Aisyah : "Demi Allah tidak pernah sekalipun tangan Nabi SAW menyentuh tangan wanita semasa berbai'ah. Mereka tidak membai'ahkan mereka melainkan dengan ucapan sahaja." (Bukhari&Musliam)

Walaupun ada ulama yang mengharuskan, tapi aku mengikut kebanyakan pendapat ulama.
Wanita berumur ini mungkin faham akan prinsipku.


"Makcik saja nak test." Tangannya kirinya memegang tali bag tangan Gucci  di lengannya sambil tersengih. Dialihkan sedikit talinya ke atas. Nak test?  Eleh nak cover lah tu.
"Pakcik dan makcik ni mak ayah kepada........" Aku terus berkata tanpa ku tahu namanya. Ibu jariku menunjukkan kepada 'Lana' yang berada di sebelah ibunya. Aku memandang kepada lelaki yang hampir separuh abad itu, mengharapkan jawapan.
"Chenta. Nama anak pakcik Chenta."  Ayahnya terus memberikan jawapan. Sesekali aku melihat Chenta. Chenta? Aku merasa hairan dengan namanya. Dahiku sedikit berkerut. Pertama kali aku mendengar wanita melayu bernama Chenta.
"Pelik ke?" Soal ibu Chenta pada aku. Tahu pula dia aku hairan dengan nama anaknya.
"Eh abang ni, kita kene sebut nama penuh anak kita. Baru orang tak hairan. Chenta Amira" Dia mencuit bahu suaminya.
"Yelah Chenta Amira. Chenta ni orang mepoci"
"Orang mepoci?"
"Ye mepoci."
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Tidak pernah aku dengar meciru. Ada-ada sahaja keluarga mereka ni. Chenta lah, mepoci lah.
"Melayu Poland cina lah," Ayahnya terus mejelaskan persoalanku.
"Isteri pakcik dia kacuk cina dengan poland. Nenek Chneta ni cina batu muar. Atok Chneta pula orang rusia bermastautin di Malaysia, Tapi umurnya tak panjang." Ooo....patutlah lah rupa Chenta ni ada iras-iras Lana. Kacuk rupanya.
"Makcik dengan pakcik dah biasa dah tengok rupa macam kamu ni lepas kami sebut nama Chenta ni." Rupanya aku tak dapat nak cover riak wajak hairan aku depan kedua orang tua Chenta. Puas aku senyum selebar yang boleh tapi tetap dapat dikesan oleh ibu Chenta.
"Eh lama pulak dekat sini yang, jomlah, tadi kata nak ke Uda Ocean?" Ayahnya mencelah kata-kata
"Eh? haah lah. Ayang lupa lah bang. Jumpa budak ni." Ibu Chenta membulatkannya matanya seperti baru tersedar akan tujuannya. Tangannya yang kirinya di letakkan di bahu suaminya. Tanda setuju  pada suaminya. Aku yang sibuk melayan ayah dan ibu Chenta sesekali emncuri peluang melihat Chenta yang senyap dari tadi.

"Borak dari tadi, makcik tak tahu nama kamu. Siapa nama?"
"Mushawwer. Abdul Mushawwer."
"Ooo..ada bunyi-bunyi arab siket tu." Pintas ayahnya.
"Padanlah tu bang. Hensem pun orangnya. Rupa Mushawwer ni pun ada rupa-rupa arab pun, ada keturunan arab ker?" Ibu Chenta puji aku? Aduhai....kembang hidungku bila dipuji oleh bakal mertua. Cewah. Ada ciri-ciri menantu pilihan barangkali. Tapi aku sendiri tidak tahu. Menurut kata umi, dari susur galur moyang dahulu ada berkahwin dengan arab dari Yaman.

Aku tidak banyak berbicara dengan Chenta. Sesekali aku tujukan anak mata ku padanya. Kadang-kadang bila bertemu antara empat mata, cepat-cepat dia alihkankan. Aku tahu dia juga memerhatikan diriku sejak dari tadi. Aku hairan dengan perubahan di dalam diri ini. Mana pergi aku dulu yang tidak mahu melihat wajah Chenta ketika di pondok pengawal? Mana pergi tekad aku sebelum ini yang tidak suka akan pasangan bercinta? Aku seorang yang keras dalam soal hukum hakam. Surat-surat yang di selitkan di dalam meja ketika sekolah menengah aku buang. Cinta aku rasakan satu penipuan selain cinta Allah. Dan hasil asuhan dari umi, aku tidak reti untuk berbual-bual dengan wanita yang bukan mahram apatah lagi menatap wajah mereka. Tapi Chenta ini benar-benar membuatkan aku.....Ah, hanya Allah sahaja yang tahu.

"Wanita itu adalah peneman pada suaminya. Bukan peneman pada teman lelakinya. Wanita itu permata yang perlu dijaga. Ia tersimpan di dalam kain yang hitam yang sekali imbas tidak punya apa-apa pada orang yang buta. Sebenarnya dia akan bercahaya dan besinar terang bila di singkap akan kain hitam itu. Dia lebih bercahaya bila ada sinar yang meneranginya dari atas."
"Maaflah ust, saya tidak faham, apa maksud tersiratnya?" Zamri bertanya pada Ust Kadir yang memberikan kuliah di Masjid pada malam itu. Anak muda ini memang istiqamah dalam memberikan komitmen jika ada program-program keagamaan.
"Kain hitam itu ialah lelaki yang tidak bertanggungjawab yang menutup dan menggelapkan hati  teman wanitanya. Dia terus menerus membiarkan dan mengelilingi wanita itu tadi dengan noda dan dosa. Cahaya itu pula ialah seorang lelaki yang soleh yang memberikan nur keimanannya kepada isterinya yang dicintai. Bersama-sama berjalan dan mendidik ke syurga. Cinta itu bukan satu jenayah. Tapi jenayah itu terhasil dari cinta." Terang Ust Kadir panjang lebar.

Itu kuliah Ust Kadir setiap minggu di masjid ketika aku di Kluang. Di jemput khas dari luar untuk memberikan cemarah pada anak muda. Peganganku banyak terkesan dengan kata-katanya.

"Chenta....." Nadaku sedikit lemah dan gementar. Chenta memulakan langkah mengiringi ibunya untuk ke Uda Ocean. Aku tak sangka aku boleh panggil dia. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku memanggilnya. Mahu tidak mahu aku mesti meneruskan sapaan ku padanya tadi.
"Errr....nama awak Chenta kan?" Aduuhh.....Soalan bodoh apa yang aku tanya ni? Idea..idea...tolonglah hadir. Lagu InsyaAllah dari Maher Zain yang dari tadi kedengaran menjadi lintasan bagi soalan aku tadi. Aku menggaru-garu lagi sekali kepala ku yang tidak gatal. Dia tersenyum melihat gelagatku.
"Iya...nama saya Chenta. Awak tak percaya ke? Tak apa, saya dah biasa," Dia melemparkan senyuman dan terus ingin berlalu pergi.
"Eh? jap..." Aku mencari-cari apa yang ingin aku katakan padanya. Tangan ku mula meraba-raba sekitar seluar. Apa yang aku cari sendiri aku tidak tahu. Tapi aku rasa ada sesuatu yang baru aku teringat.
"Nah....ni kain yang awak beri pada saya hari tu." Dengan sepontan aku menghlurkan padanya. Aku tidak merancang pun ingin memulangkannya. Dan bila masa kain tu ada di seluar aku? Ah, biarlah. Apa yang penting aku boleh cover. Lelaki memang seperti itu. Suka cover dihadapan wanita.
"Eh? awak bawak lagi? Saya dah beri dekat awak, ambil lah." Ambil? Ya, Aku memang tidak mahu pulangkan pada dia, tapi tolonglah ambil. Aku dah tak ada cara lain ni nak sambung ayat apa.. Dan dengan cara ini sahaja untuk aku mencuri sedikit masa diri dia yang selama ini aku tunggu.
"Tak apa lah awak.....saya dah ada kain lain. Anggap je hadiah sebagai perkenalan dan persahabatan kita." Yes! Dia seolah-olah memberi green light pada ku untuk terus berhubung dengannya. Tapi macam mana? Aku belum tanya lagi dia tinggal di mana.

    "Twinkle twinkle littel star.....How  wonder what you are,How  wonder what you are, Twinkle twinkle littel staaaaaaaaaaar.....aaaaaaa~~~
How  wonder what you are.How  wonder what you are

Telefon bimbit aku berbunyi. Nyanyian inilah kerap kami dendangkan ketika matapelajaran muzik di sekolah rendah dahulu. Tapi ringtone aku di nyanyikan dengan style nyanyian orang-orang india. Chenta tertawa mendengar ringtone
 aku. Pertama kali aku melihat dia tertawa. Giginya putih bersih. Dan ada lesung pipit di pipi kirinya. Hatiku mekar lagi. Ah, aku telah jatuh cinta untuk kali kedua padanya.

"Oklah awak.......saya nak pergi dulu ni, nanti marah pula mak ayah saya sebab lama tunggu tu. Lagi pun awak busy tu..ada orang call." Dia menggoyangkan  tangan di tepi telinganya menunjukkan ada orang call pada aku seperti iklan Fair & Lovely.
"Assalamualaikum," Perkataan itu yang di lafazkan untuk meminta izin. Dia melemparkan senyuman. Sepertinya dia tiada perasaan pula pada ku kali ini. Aku risau kalau-kalau dia sudah ada yang punya. Setiap pergerakan dari dirinya ingin meninggalkan aku di sini menjadi satu seksaan. Ada yang aku perlu tahu darinya. Bukan soalan bodoh yang tadi. Nama awak Chenta? Ahhh....aku tak mahu ingat lagi. Dia berpaling arah dari hadapan ku. Ibu dan ayahnya berada di kedai cenderamata tidak jauh dari Dunkin' Donuts memerhatikan anak perempuannya. Ya aku mesti tanya. Aku mesti tahu darinya. Kepastian dan setiap soalan yang banyak dalam diri, aku nak tanya kesemuanya. Dengan kekuatan yang ada. Aku mesti tahu dari mulutnya sendiri. Aku mengumpulkan tenaga sebanyak mungkin. Ya Allah, bantulah...

"Chenta dah ada yang punya ke?" Oh!! Aku dapat melepaskannya..
Dia memberhentikan langkahnya. Tapi tidak menoleh ke belakang. Aduhai...adakah aku telah bertanya soalan bodoh untuk kali kedua?

Bersambung........................



Monday, August 8, 2011

Qiblat Kasih -Siri 1

Cuaca pagi ni lebih sejuk berbanding semalam. Mungkin hujan lebat malam tadi menjadikan suhu pagi ni sejuk. Jam sudah menunjukkan 6.30 pagi. Keputusan peperiksaan STAM keluar hari ini. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  telah di umumkan di corong-corong radio dan surat khabar tempatan  akan keluar sejak seminggu yang lalu. Aku yakin semua pelajar yang satu generasi dengan aku tahu akan berita ni. Baju yang telah siap aku gosok malam tadi tergantung kemas di tempat penggantunagn baju di bilik. Baju Batik biru cair dan coraknya biru pekat. Ya,baju itulah yang akan aku persembahkan kepada orang ramai di Maahad nanti.

"Assalamualaikum fiz," aku memulakan salam pada perbualan aku dengan  Hafiz. Roomate aku masa di Maahad. Orangnya tinggi dan hitam manis.

"Wa'alaikumussalam, pagi kau telefon ni. Macam mana perancangan kita semalam? haha," Balasnya sambil menggelakkan aku. Apa yang digelakkannya pon aku tak tau

"Ooo, cantik. Aku setuju je. Tak adalah aku kene keluarkan tambang." Jawabku pantas sambil tertawa kecil.
"Kau kalau benda free memang laju wer." Hafiz menyindir.
Memang aku tak nafikan, bab-bab percuma ni memang pantas dan pantang. Seolah-olah ada satu daya tarikan untuk aku bersama-sama dengan percuma tu.
Makan malam tadi di kedai mamak di tengah bandar dengan hafiz mengisarkan perjumpaan kami pertama kali di Maahad,kisah-kisah lama di Maahad dan rancangan untuk pergi bersama-samanya melihat keputusan STAM pada hari ni.

"Eh? mak ayah kau bagi ke aku tumpang kereta kau ni pergi tengok result STAM ni? Jangan nanti aku datang rumah kau mak ayah kau terkejut pulak tiba-tiba ada orang nak ikut sekali pergi Maahad," Aku cuba mendapatkan kepastian.

"Tak ada apalah. Aku dah beritahu dengan mak ayah aku. Yang aku ajak kau ikut sama. Sebab mak dan ayah kau tak dapat pergi. Dan kau pergi sorang-sorang je. Datang awal siket ye." Tegas hafiz.

"Terima kasih lah fiz, nanti aku datang rumah kau. Jangan risaulah. Tak lambat. Macam kau tak kenal aku." Aku cuba meyakinkannya. Perbualan kami ditamatkan dengan aku meyakinnya akan datang pada pulkul 9.30 pagi. Dan akan berangkat pada pukul 10.00

Khatijah binti Haji Ali. Satu nama yang tidak asing dalam hidup aku. Orang yang aku kagumi. Wajahnya jernih dan lembut. Tapi ketegasan pada anak-anaknya membuatkan kami semua kecut perut.  Itulah caranya mendidik anak-anak. Kefasihan dalam membaca Al-quran cukup ditekankan. Pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat diberi perhatian. Melatih anak-anaknya solat sejak kecil.

Aku melangkah ke hadapan rumah selepas perbualan aku dengan hafiz. Sesusuk tubuh sedang duduk di ruang berandar rumah memerhatikan orang lalu lalang di jalan raya. Rumah peninggalan arwah atok didirikan sebelum aku dilahirkan. Wajahnya yang putih memakai skaf hitam menutup rambutnya yang kian memutih merenung jauh entah apa yang difikirkan. Aku mendekatkan diri kepada insan yang aku kasihi.

"Umi..." Sapaku perlahan. Aku tersenyum memandangnya. Wajah garang yang dahulu menjadi igauan ketakutan kini menjadikan aku seorang manusia.
"Umi termenung apa jauh-jauh tu umi? Ingat ayah ea'" Usik ku pada umi sambil ketawa kecil. Dia hanya mencebik sambil memandang semula ke jalan raya . Tapi tidak bersuara. Mungkin ada benarnya usikku tadi. Tapi wajahnya tetap sugul.
"Rindulah tu. Ayah ada kat rumah pakcik Leman lah umi. Dia nak bincang pasal tanah yang dekat Pahang tu. Lepas subuh tadi dia terus keluar. Dengar ada Dato' nak beli. Jangan lupa, suami anda adalah broker tanah." Aku menyambung kata ku lantas duduk di lantai bersebelahannya. Aku melihat wajahnya. Dengan meletakkan tanganku di pehanya aku terus bertanya

"Kenapa sedih pagi-pagi ni umi. Malam tadi tidur cukup tak? " Aku mendagu di atas tanganku yang aku letakkan di pehanya sambil mendongak. Fikiran aku sedikit resah memikirkan kesihatan umi yang semakin terjejas akibat penyakit kencing manis dan darang tinggi yang dihidapi lebih dari 15tahun.
"Umi teringat arwah Kak long kau. Malam tadi umi  mimpi dia. Muka dia umi nampak tenang sangat." Dengan suara tersesak-esak umi memulakan bicara. Airmata yang jernih sudah bergenang di kelopak matanya. Hanya tunggu masa untuk menitis.

Kak long meninggal kemalangan di jalan raya ketika baru pulang dari tempat kerjanya. Pada hari kejadian, sempat juga arwah balik ke rumah sebentar masak dan makan bersama umi sebelum kembali  ke tempat kerjannya. Bekerja di pejabat agama daerah sebagai Pegawai Hal Ehwal Kekeluargaan yang hanya 20 minit untuk tiba di rumah, menjadikannya kerap pulang ketika waktu rehat. Masak tengah hari di rumah dan makan bersama umi.

"Umi.....dah 4 tahun kak long pergi mi. Kita faham perasaan umi sebagi seorang ibu. Tapi bila umi selalu bersedih macam ni, kita risaulah kesihatan umi." Ujarku padanya sambil memuncungkan mulut. Seperti keanak-anakan untuk mengambil perhatian lagaknya. Sejak kebelakangan ni, umi kerap termenung dan menangis. Air mata umi sudah mengalir. Walau aku dapat faham kesedihannya, tapi mungkin aku tak dapat selami dalam perasaan sebagai seorang ibu bila kehilangan anaknya yang sudah besar panjang. Malah sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak.  Tambahan pula anaknya sempat bersama-sama di hari terakhir dalam hidupnya walau sarat mengandung 5 bulan.

"Umi.....umi janganlah sedih macam ni. Kalau umi sedih nanti pokok-pokok umi, tanam-tanaman umi kat tepi-tepi rumah ni semuanya sedih mi. Baru nak tumbuh, terencat pulak dia nanti tengok tuan die asyik sedih je. Pisang,betik,durian belanda..Ha! durian dekat belakang tu mi.. dari kecik sampai lah kita besar ni, tak pernah tengok dia berbuah. Umi tanam benih dia terbalik kot. Lama nak makan buah durian dari tanah sendiri, tapi beli di tepi jalan jua akhirnya. Tak pun biji benih tu jantan mi. Umi ambil dari mana biji benih tu? " Aku cuba berjenaka bagi  menghilangkan kesedihan umi.
"Haha....pandai anak umi ambil hati umi pagi-pagi ni ea." Dia tertawa sambil mengesatkan air matanya di pipinya yang sudah menampakan kedut.
"Akhirnya kan umi, kami anak-anak umi tak dapat makan rambutan yang kat depan tu, manggis kat hujung sana tu, jambu yang dekat belakang rumah ni, " Aku bercakap panjang lebar sambil menghalakan tangan menunjukkan tempat-tempat tanam-tanaman umi yang banyak mengelilingi rumah. Aku memandang umi. Namapk sedikit cahaya kegembiraan di wajahnya.

Bercucuk tanam, Ya,itulah hobinya. Penemannya ketika anak-anak sudah meningkat dewasa. Kak long sudah 4 tahun meninggalkan kami. Angah seorang guru kini dalam proses menghabiskan pelajaran jarak jauh di USM, sudah berkahwin dan mengikut suaminya. Uda lepasan Al-Azhar kini  mengajar di sekolah menengah. Kadang-kadang lewat pulang kerana sibuk dengan mesyuarat yang berantai. Acik anak ke-4 bekerja sebagai Shipping Execituve di sebuah Syarikat perkapalan yang besar di Johor Bahru, Andak yang dahulunya belajar di UTM kini sudah menjadi Manager Remote Sensing/GPSI di sebuah syarikat Juru Ukur di Ampang Selangor. Hanya arwah along dan angah sahaja yang sudah mendirikan rumah tangga. Yang lain hanya menunggu seru.

Aku tidak faham akan perasaan orang bercinta. Kerana aku tidak pernah bercinta. Pasangan kekasih berdua-duaan di tepi pantai berpimpinan tangan dan di pasar-pasar raya. Ah, aku persetankan semua itu. Cinta itu semuanya hanya palsu. Bila dah dapat madu,sepahnya dibuang begitu sahaja. Kasih ini hanya untuk umi.

"Umi....mushawwir sayang umi. Apalah artinya hidup aku di dunia jika tidak menghormati dan menyayangi umi seperti umi menyayangi ku ketika kecil. Ya Allah ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah dan peliharalah keduanya seperti mana dia telah memeliharaku ketika kecil. Islam" Ucap ku dalam hati. Aku memandang umu dengan penuh kasih sayang.


********************
Kawasan Maahad dipenuhi dengan pelajar-pelajrnya. Kereta tidak henti-henti masuk ke pekarangan pentadbiran. Bangunan putih dengan ukiran dan corak islam yang bewarna hijau itu tesergam indah. Sudah puluhan tahun bangunan-bangunan itu berdiri megah. Menyimpan beribu kenangan dan kejayaan pelajar-pelajarnya. Ada yang sudah berjaya kembali semula ke dalamnya untuk menaburkan bakti. Siapa yang tidak kenal Maahad Johor di Malaysia ini. Kedudukannya berhadapan dengan Zoo Negeri Johor dan bersebelahan dengan laut yang memisahkan antara Malaysia dan Singapura, serta berdekatan dengan bandar menjadikan Maahad Johor tidak asing bagi bagi masyarakat negeri Johor. Ya jalan inilah yang aku lalui setiap hari selepas perhimpunan untuk pergi ke kelas. Gelak tawa dari rakan-rakan kini hanya tinggal kenangan.

"Hoi!! berangan." Lamunan aku terhenti. Sergahan dari Hafiz buat aku tersedar. Budak ni sergah-sergah pulak. Potong layan lah dia ni. 
"KIta nak ke mana ni Fiz?" Aku bertanya kepada Hafiz yang juga bingung tak tahu kemana perlu di tuju.
"Jom,kita jumpa Pak Guard  kat mana nak ambil result." Aku memberikan cadangan. Hafiz tanpa berkata apa terus melangkah ke pondok pengawal.

"Pakcik, kami ni baru sampai. Nak pergi ke mana ni? " Hafiz mengajukan soalan pada Pak Man. Dengan memakai pakaian seragam sebagai pengawal keselamatan, dia berhenti dari mencari barang di bawah meja di dalam pondok pengawal dan mendekati kami. Entah apa yang dicarinya. Malas nak ambil tahu. Orangnya sedikit rendah berbanding aku. Kulitnya sawo matang. Pak Man mencapai buku Log yang bewarna biru dan memberikan pada kami.

"Tulis nama kamu di sini." Ujarnya ringkas.
Hafiz mencapai pen yang diberi Pak Man kepadanya. Sambil menunggu melengkapkan untuk mengisi ruangan yang disediakan aku toleh  ke belakang. Tengok-tengok mana tahu mungkin mak dan ayah hafiz sudah sampai dari mencari tempat parking.

"Allah!......" Hanya lafaz itu yang mampu aku lontarkan. Akibat dari benda yang tak disangka tu, menyebabkan air mineral yang aku pegang sejak dari tadi jatuh ke tanah. Air yang ada memercik terkena seluar aku dan kain dia. Hafiz juga yang ada di belakang aku turun terkena sedikit.

Aduuuii....bila pula perempuan ni ada dekat belakang aku ni. Aku mendesah di dalam hati.
Dah tau kau tu perempuan duduk lah belakang siket. Yang duduk terpacak belakang aku dekat-dekat buat apa. Habis basah seluar dan kasut aku. Nasib baik air mineral. Ish. Aku cuma mengomel di dalam hati sambil membuka bag sandangku mencari-cari kalau-kalau ada tisu yang ku bawa tanpa melihat wajahnya. Entah kenapa aku memang tidak reti nak tengok muka perempuan lama-lama. Sejak dari sekolah rendah lagi.  Ikutkan hati mahu sahaja aku luahkan di hadapannya apa yang di dalam hati ni. Tapi untuk menjaga maruahnya dari malu, aku simpan sahaja. Apatah lagi keluarganya ada bersama tidak jauh dari situ.

"Eh maaf......maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja. Saya cuma nak tanya dekat Pak Man di mana nak mendaftar. Tiba-tiba awak pusing ke arah belakang. Saya pun tak sempat nak mengelak. Maaf kan saya." Suaranya lunak meminta maaf di iringi dengan  intonasi rasa bersalah. Sedang aku mencari-cari tisu atau kain di dalam bag sandangku tiba-tba tangannya menghulurkan sehelai kain.

"Nah...kesat lah seluar dan kasut awak yang basah tu." Ujarnya meminta.
"Eh tak apa lah..Kawan saya ada." Aku masih lagi tiada kekuatan untuk memandang tepat ke arah wajahnya. Aku cuba mengelak dari menerima pemberiannya. Mungkin malas nak terima dari seorang wanita. Aku menepuk-nepuk belakang hafiz sambil tersenyum ke arahnya.
"Eh kau ni wer. Aku mana ada kain lap ke tisu ke." Hafiz dengan selamba membalas kenyataanku pada wanita tadi. Oh tidak! Hafiz sudah memberikan jawapan yang bertentangan dengan alasan ku pada wanita ini.
Aku memandang Hafiz dengan muka tiada perasaan. Serius seperti di dalam kawad kawalan kehormatan polis. Jawapan dari hafiz buat aku rasa serba salah. Mataku ku bulatkan kepada Hafiz tanda protes dengan jawapannya. Hafiz hanya ketawa kecil. Mungkin dia faham jawapan yang dia berikan membuatkan aku tidak setuju dengannya. Sedang aku memandang hafiz tanda protes,tiba-tiba terdengar suara sorang lelaki tua dari arah hadapan.

" Ambil lah nak, orang dah beri jangan ditolak. Bersihkan sahaja kesan air di seluar kamu tu." Lelaki itu hanya tersenyum. Ayahnya mungkin. Fikirku
Mahu tidak mahu aku mencapai kain yang dihulurkan. Aku memandang tepat kearahnya. Inilah kali pertama aku memandang seorang wanita dari jarak dekat. Dia memakai jubah bewarna coklat dan bertudung labuh bewarna putih susu. Masih lagi berdiri di hadapan aku. Cuma jaraknya kali ini tidak dekat seperti tadi. Wajahnya yang putih bersih serta alis mata yang menawan. Senyumannya dilontarkan padaku persis Lana yang jadi teman wanita Clark Cent di dalam cerita Smallville.
"Subhanallah, Cantiknya dia..." Hanya itu yang aku ucap di dalam hati sambil mengenakan kain yang diberikan pada seluarku. Cuma satu yang aku hairankan, mengapa tiba-tiba hatiku berdebar-debar dan perasaan yang tidak pernah aku rasai sebelum ni meresap di dalam hati. Mahu sahaja aku melihat wajahnya dengan lebih lama, tapi aku tahan kan mataku dari melihatnya kembali. Aku teringat akan perintah Allah agar menundukkan pandangan di dalam surah An-Nur. Ya Allah peliharalah aku dari godaan syaitan.

************************

"Ha, anakanda semua.  Dengar ni. Bagi pelajar lelaki boleh masuk ke bilik sebelah kiri saya, dan bagi pelajar perempuan masuk bilik yang di hadapan kolam ikan yang ke-2 depan sana." Ust Ariff memberikan Arahan. Wajahnya bersih. Ada nur keimanan yang teserlah padanya. Tenang jika memandang. Tapi tegas dalam sesuatu hal.

Kami diperintahkan untuk pergi ke guru kelas masing-masing bagi mengamlbil slip peperiksaan. Hafiz tidak sekelas dengan aku. Aku kelas kelas kedua dari lima kelas. Dan Hafiz kelas ke empat. Alhamdulillah, syukur pada-NYA kerana memberikan keptusan yang baik di dalam peperiksaan STAM ini. Aku sudah terbayang kegembiraan ayah dan umi. Tak sabar rasanya untuk memeritahu mereka berita ini. .Aku juga sudah terbanyang  akan Mesir dan Al-Azhar. Satu  nama yang begitu gah dari sudut peradaban dan ilmu. Walaupun sekadar hanya menduduki Jayyid Jiddan, aku tahu itulah pemberian yang terbaik dari Allah untuk hambanya. Allah tidak sesekali memberikan yang buruk pada hambanya. Al-Azhar, aku datang.

"Fiz...Fiz...kau dapat apa?" Sambil terus berjalan ke arahnya.
"Kau lah dulu. Kau kan kelas budak pandai. Mesti Mumtaz kan." Dia menjikngkit-jingkitkan kakinya untuk melihat keputusan ku. Seperti biasa aku memandangnya dengan wajah seorang yang berada di dala kawad kawalan kehormatan.
"Tak payah nak jingkitkan kaki tu. Dah cukup tinggi dah. Nah, tengoklah. Tapi tekaan kau salah lah kan. Tak mumtaz pon. Jayyid Jiddan je." Aku menghulurkan tangan tanda aku meminta slip keputsannya.
"Eh? Jayyid Jiddan jugak. Alhamdulillah!! Taniah fiz." Aku menghulurkan tangan ku sambil mengucapkan tahniah. Dia menyambut erat tangan ku sambil tersenyum. Ada lambang kepuasan di wajahnya. Rasa puas dengan hasil usahanya menghafal dan belajar selama ni membuahkan hasil barangkali.

"Wer, mak dengan ayah aku dah ada dekat dewan. Tadi dia suruh kita pergi dewan sebab tadi Ustaz Ariff pesan suruh semua pelajar dan ibu bapa berkumpul. Nak raikan majlis hari ini." Aku dan Hafiz terus melangkah ke dewan. Mataku memandang kiri dan kanan melihat reaksi gembira di kalangan pelajar. Walaupun ibu dan ayah aku tidak dapat hadir bersama dengan aku pada hari ni, cukuplah nanti aku menyampai berita gembira pada keduanya.

Mataku tiba-tiba terhenti dari memerhati orang ramai. Tepat memandang seseorang yang berdiri di tepi pintu. Seorang wanita. Ya,dialah wanita yang berjawah Lana. Hati aku tiba-tiba berdegup kencang. Tiba aku berasa gugup. Malu dengan sendiri. Ah, kenapa dengan aku ni tiba-tiba jadi begini. Tolong lah Ya Allah, aku tidak tahu perasan apakah ini. Berikanlah aku kekuatan. Fikiran ku berkecamuk. Suka dan tidak berani berhadapan denagn dia silih berganti menghantui diri. Hafiz semakin laju melangkah untuk mendapatkan ayah dan ibunya. Aku semakin jauh dengan Hafiz. Tapi diri ini semakin dekat dengan wanita tersebut.
Sedang aku melangkah lemah dan fikiran aku hanya berfikir untuk patah balik tiba-tiba suara yang aku dengar di pondok kawan tadi membuatkan aku terhenti dari melangkah.

"Eh? Awak lagi! Awak yang dekat pondok tadi tu kan?" teguran itu membuatkan aku hanya terpaku dan membisu. Aku melihat senyumannya yang dilontarkan padaku. Aku menatap wajahnya. Terlupa akan perintah Allah yang aku tekad sebelum ini. Hati ini berbunga dan seolah baerbau harum yang menyegarkan perasaan. Ah,Inikah di namanya cinta? Bagai mana dengan pandanganku pada orang yang bercinta sebelum ni? Aduh..aku semakin tekad. Aku cuba menterjemahkan perasaan nin. Aku sudah jatuh cinta??? Ya! aku sudah jatuh cinta. Cinta pandang pertama.....!!

Bersambung.............................


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Nukilan Ini, Jangan Lupa Memberi Sebarang Komen Sebagai Tanda Ingatan Anda